Kami di KS Studio amat menghargai setiap tempahan anda. Untuk memastikan kelancaran urusan, berikut adalah syarat tempahan yang perlu dipatuhi:
Booking Fee – Bayaran sebanyak RM250 diperlukan untuk simpan tarikh majlis anda supaya tidak ditempah oleh pelanggan lain. Bayaran ini tidak boleh dipulangkan.
Pertukaran Tarikh – Jika ingin menukar tarikh, sila maklumkan sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal. Pertukaran bergantung pada kekosongan jadual kami.
Pembayaran Baki – Baki penuh perlu dijelaskan 7 hari sebelum majlis.
Makluman Perubahan – Jika ada perubahan lokasi, masa atau apa-apa berkaitan, mohon maklumkan awal supaya kami dapat uruskan dengan baik.